Alhamdulillah..Akhirnya impian arwah abah terlaksana

Assalamualaikum,

Fuhhh..rasanya dah berhabuk laa blog ak ni.. Tapi finally dah rasa berkelapangan untuk menulis  post dalam blog ni.. Kali nie post adalah untuk aku berkongsi rasa syukur dan gembira sebab... one of my arwah abah's wish has been fulfilled.

Eh, apa je wishlist tu..

Drum rolls..

*
*
*

 Akhirnya aku berjaya juga menamatkan zaman persekolahan yang terasa berkurun lamanya.. hahaha Alhamdulillah akhirnya aku berjaya mendapatkan Master in Software Engineering di UPM.

Starting since 2012, after a few months habis aje degree terus decide nak sambaing belajar.  Salah satu sebabnya nnt bila da kerja stop belajar, mulalah fizikal dan mental ni liat sangat nak belajar. Tapi Alhamdulillah, berkat doa mak dan arwah abah, aku ditakdirkan untuk sambung belajar.

Bila dah masuk satu lagi peringkat baru dlm study ni, mmg suasana pun lain. Belajar Master dan Degree memang banyak sangat beza dari setiap angle. Sebab mostly student ramai yang dah kerja dan ramai yang dah kahwin. Kekadang tu, dalam kelas ada yg bawak anak, mungkin time tu tak ada sapa nak jagakan.

Tapi Alhamdulillah, boleh biasakan diri even masa sambung belajar ni kerja. Waktu pagi 7.30 pagi - 4.30 ptg kerja di Kuala Lumpur dan 6.30 petang sampai 9.30 malam terus ke kelas di UPM. Kalau semangat tak kuat memang boleh jadi separuh jalan laa jawabnya. Tapi setiap kali nak give mesti teringat pesan arwah abah, belajar biar sampai menara gading sebab pelajaran je dapat mengubah kehidupan dan dalam masa sama dapat pahala. Terima Kasih Abah.

Walaupun sekarang abah dah pergi buat selamanya, setiap pesanan abah akan tetap aku ingat sampai bila-bila even ada anak-anak nanti pun ak akan ingatkan kat dorg betapa pentingnya belajar even ramai org sekeliling kata buat apa nak belajar kalau kerja pun biasa-biasa je.. Betul, belajar tinggi tapi kerja biasa-biasa je. Tapi at least tu beza kau dengan orang yang lain.. 


Insyallah bulan November 2015 aku secara rasminya graduan lagi sekali.

p/s: ** Aemy, aku tgg ko untuk sama-sama kita naik pentas dan ambik segulung sarjana. Insyallah. Amin. #bff

** Buat kawan-kawan di UPM, FSKTM terima kasih ajak dan ajar dlm study group.

** Buat kak Zura a.k.a Aju sekeluarga terima kasih ikhlas daripada hati sebab sudi membantu aku preparation untuk VIVA. Dah laa akk kat London, siap skype bagai..hehehe.. Memang kenangan terindah. Insyallah kita sambung PHD sama-sama.

** Terima kasih kepada Asna Azmi dan Aemy Ismail sebab membantu dan bersengkang mata untuk aku.

** Terima Kasih kepada lecturer di UPM yang sangat banyak membantu dan memang semua supporting bila mengajar dan bagi markah.. Memang sayang sangat semua kelas yang ak pernah masuk.

Alhamdulillah, sekeliling aku semua yang ingin lihat aku berjaya dan sanggup membantu tanpa mahukan balasan. Semoga Allah S.W.T membalas jasa kalian.


I Love Shop at Astro Go Shop @ Channel 118


I love to #ShopatGOShop

Hi semua..pernah dengar pasal Astro Go Shop. Of course pernah kan. Korg boleh shopping masa ddk depan TV, boleh shopping sambil pakai baju tidur, boleh shopping sambil baring dan pembelian boleh dilakukan 24/7...Tak perlu nak introduce panjang lebar kan sbb antara korg mesti pernah ada pengalaman beli barangan daripada Astro Go Shop. Ada pelbagai barangan yang Astro Go Shop tawarkan..Semuanya macam nak beli je tambahan bila tgok cara host Astro Go Shop kenalkan produk yang dorg offer.

 Cara pembelian semudah ABC :-

1.         Dail talian bebas tol 1 800 82 0088 untuk tempah dan beli produk Astro Go Shop.
2.         Operator akan angkat, seterusnya operator tu akan minta butiran seperti NAMA PENUH,     
            ALAMAT DAN CARA PEMBAYARAN.
3.         Selesai melakukan bayaran, produk Astro Go Shop akan dihantar terus ke alamat anda.
4.         Produk Astro Go Shop juga boleh dibayar ketika sesi penghantaran, cash on delivery (COD).

Cara pembayaran pun pelbagai:-

1. Kad kredit / debit
2. Tunai semasa penghantaran
3. Pelan pembayaran mudah melalui kad kredit
So, jom ke Channel 118 skrang dan buat pembelian korg dengan Astro Go Shop  dan boleh beli pada bila-bila masa sbb Astro Go Shop 24/7.

Shop at Astro Go Shop​

@shopatgoshop
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...