ANMUM MATERNA & RIDING PINK

Hi Para Ibu & Ibu Mengandung,

Semperna Hari Ibu di bulan Mei ini, ada sesuatu yang amat istimewa buat kaum ibu semua. Anmum Materna dengan kerjasama Riding Pink ( a ride sharing service by women, for women ) mengadakan kempen perkhidmatan penghantaran untuk para ibu dengan diskaun sebanyak RM5 bagi sekitar Lembah Klang!

Wah Special betul perkhidmatan ni, siap ada tulisan SELAMAT HARI IBU lagi tu. Kelas kau jahhh!

Semasa dalam perjalanan antara tempat yang para ibu ingin pergi tu, sebenarnya ada seorang Guru Yoga yang akan mengajar dan memberi tips cara bernafas dengan betul & bagaimana hendak relaxing dengan hanya menggunakan teknik pernafasan yang betul. Yelah bila dah mengandung, tentu saja para ibu cepat berasa penat dan asyik tidak cukup nafas kan. Jadi teknik yang diajar oleh guru yoga seperti gambar di atas, sedikit-sebanyak dapat membantu para ibu untuk mendapatkan nafas yang lebih betul.

Bukan itu saja, malah para ibu yang akan menggunakan khidmat ini, akan menerima Beg Vital Mama Ekslusif sebagai hadiah Hari Ibu.


Wah memang menarik betul Beg Vital Mama Ekslusif daripada ANMUM MATERNA ni.

Bagi para ibu yang berminat untuk menggunakan perkhidmatan ini, tempahan mestilah dibuat sehari awal dari tarikh tempahan. Dengan menggunakan kod "ANMUMPINK" cara-caranya adalah seperti berikut :-

1) Emel : anmumpink@gmail.com atau;
2) Hantar Mesej ke FB "Riding Pink"

Jadi para ibu yang memerlukan perkhidmatan penghantaran ke mana-mana sahaja selepas ini akan menjadi lebih mudah dan tanpa perlu risau kerana pemandunya juga adalah wanita. Wah memang syok habis laa kan.

**Kempen ini adalah sehingga 31 Mei 2017 sahaja tau.



Okay dah alang-alang cerita berkenaan Hari Ibu, saya ingin kongsikan juga sedikit sebanyak info tentang nutrisi daripada Anmum Materna yang perlu para ibu mengandung tahu dan ambil. :)

Tahukah Anda?





Jadi para ibu yang inginkan nutrien yang mencukupi, boleh lah mencuba Anmum Materna dengan hanya 2 gelas sehari tau. 

Selamat mencuba perkhidmatan ini. :)

Pengalaman di awal kehamilan.

Syukur Alhamdulillah, kini tarikh pernikahan dengan husband sudah pun hampir mencecah 2 tahun perhubungan sebagai husband & wife. Namun baru-baru ini kami mendapat berita yang amat tidak dijangkakan.

Setelah hampir 2 tahun perkahwinan, Allah telah memberikan kami berdua rezeki dengan kedatangan org ketiga. Ehhh..jangan salah faham dulu tau. Orang ketiga yang kami maksudkan adalah aku disahkan pregnant untuk 10 minggu.

Selama ini asyik dengar pasangan lain aja yang menerima berita mcm nie. Tapi terima kasih kepada Mr. Husband sbb sentiasa believe on me and no pressure at all and we enjoyed being honeymoon couple since kami married pada tahun 2015.

Sekarang nie, memang dah mula mual dan pening which is people called as "Morning Sickness"but for me more like "Evening Sickness". Eh kes macam ni pun ada ke? Yes ada and it is happen to me now.

Please pray for me and hopefully this September will meet you little baby. :)

p/s : until then tunggu post seterusnya . 😗
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...