KEKAL CERGAS DAN BERTENAGA SEPANJANG RAMADAN INI

Salam everyone, so far macam mana dengan ibadah puasa korang? Makin hari bertambah baik? Kalau ya, Alhamdulillah, syukur. Sebenarnya ibadah puasa ini merupakan satu starting point untuk kita semua mendapat kesihatan dan disiplin yang tinggi terutamanya dalam penjagaan pemakanan. Pelbagai fakta yang menunjukkan ibadah puasa ini merupakan satu aktiviti yang sihat terutamanya untuk penghadaman juga.


Jadi, bagaimana untuk kekal cergas dan bertenaga di samping mendapat makanan yang berkhasiat sepanjang ramadan dan juga pada bulan-bulan yang lain? Salah satunya adalah dengan pengambilan "Oat" dan Quaker Oats merupakan jenama #1 di dunia tau! Wow.



Kenapa oat? Ini kerana ia mengandungi 9.4gram serat dalam setiap 100g dan protein yang lebih tinggi daripada beras perang, barli dan tepung gandum. Oleh itu, oat akan lambat dicerna serta dapat memberikan tenaga melalui pembesan glukosa ke dalam salur darah korang tau!

Oat juga dianggap sebagai "Super Grain" yang membekalkan nutrisi penting untuk kesihatan. Bagi jenama Quaker Oats, mereka mengekalkan khasiat asli oat dengan menggunakan bijirin penuh seperti bran (lapisan paling luar) yang tinggi dengan Beta-Glukan dan vitamin B, endosperma oat yang tinggi dengan karbohidrat dan protein serta lapisan germa oat yang tinggi dengan vitamin B, vitamin E, mineral dan fitokimia. Pendek kata, kesemua bahan-bahan ini amat baik untuk tubuh badan kita tau.



Bagi Quaker, "Hari Hebat Bermula dengan Quaker"kerana sarapan adalah waktu makan yang paling penting terutamanya pada bulan Ramadan ini di mana waktu sahur amat lah penting untuk membekalkan tenaga sepanjang hari korang berpuasa. Jadi apa kata mulai saat ini, ayuh kita mencuba Quaker Oats dan menjadi kekal cergas dan bertenaga sepanjang hari!



5 Mommy Sahur Hacks (Tips)

Salam Ramadan buat yang menyambut. Sekarang sudah pun masuk 7 malam terakhir bulan seribu rahmat. Mesti ramai dah mula sibuk dengan persiapan raya kan? Mana nak setelkan biskut raya, baju raya, duit raya dan macam-macam berkenaan raya lah kan.

Terutamanya kalau korang adalah seorang isteri & ibu. Lagi laa kena pastikan persiapan keluarga korang complete dari A sehinggalah Z. Alhamdulillah, tahun ni adalah tahun pertama menjadi seorang ibu kepada seorang anak. Of course lah teramat excited nak sambut bersama si cilik kan. Tapi tanggungjawab & komitment pun makin bertambah lagi lah.

Untuk entri kali ini, nak share dengan korang semua terutamanya ibu yg sentiasa sibuk melakukan pelbagai tugas di rumah dan di tempat kerja dengan 5 tips bersahur cepat dan yang penting boleh buat family korang kenyang semasa menjalani ibadah berpuasa.


#Tips1
Makanan Sunnah Nabi iaitu KURMA.



Kurma sememangnya sudah terkenal dengan pelbagai khasiat yang memang bagus untuk korang amalkan terutamanya di bulan Ramadan ini. Jadi jangan lupa untuk menyelitkan kurma pada setiap kali bersahur. Kalau korang rajin lagi, boleh juga buat Jus Kurma Bersusu atau pun  Overnights Oat Bersama Kurma. Dijamin perut akan kenyang dan tahan lapar dalam tempoh yang agak panjang.

#Tips2
Bersahur bersama Oat



Kenapa oat? Sebab mengikut kajian oat merupakan sumber karbohidrat yang kaya dengan serat dan membantu memberikan rasa kenyang lebih lama kerana dalam 1 hari kita memerlukan 25 gram serat (bersamaan 1 mangkuk oat).
Kalau nak lebih mudah dan sedap, korang boleh mencuba Quaker Oat kerana Quaker Oat mempunyai pelbagai pilihan instant oat.

#Tips3
Minum air jus tembikai



Umum sudah mengetahui yang meminum air jus tembikau boleh membuatkan korang cepat berasa kenyang.Jadi pada pendapat saya, minum air jus tembikai pada waktu sahur memang sesuai sebab kita mahu perut kenyang dengan cepat tambahan kalau korang selalu terbangun lambat untuk bersahur. hehe. Sebab tu korang boleh lihat buah tembikai di jual di setiap kali Bazaar Ramadan. :D


#Tips4
Yogurt dengan buah-buahan



Kalau rumah korang banyak stok buah-buahan, boleh laa cuba etak dalam yogurt dan di makan semasa waktu sahur. Sebabnya yogurt sememangnya tinggi dengan serat, menjadikan perut kenyang lebih lama dan menjaga pH mulut suapaya seimbang. Sedapnya!


#Tips5
Bersahur bersama sup sayuran / ayam / daging

Salah satu resepi mudah & cepat dengan menyediakan sup. Kenyang pun kenyang sebab sup mengandungi air yang boleh membuatkan sahur korang cepat kenyang dan berkhasiat. Jom cuba!







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...