The Season of the Witch is Here

What I scares the most about witches..?

Apa yang saya amat takutkan tentang ahli sihir..Yeah ahli sihir..Sejak dari kecil lagi, saya tinggal bersama dengan nenek kesayangan saya. Sebelum tidur, nenek pasti akan menceritakan perihal ahli sihir kepada saya. Nenek kata saya tidak boleh bermain sesuka hati di luar kawasan rumah siang mahupun waktu malam. Ahli sihir amat gemar kepada budak-budak yang nakal dan yang suka merayau-rayau.

Pada mulanya saya tidak mempercayai cerita nenek itu sehinggalah gempar berkenanan kanak-kanak di kawasan perumahan saya telah hilang. Dengar kata dia telah hilang semasa bermain-main di luar kawasan rumah sewaktu senja. Kata orang dia telah diculik oleh ahli sihir yang kejam..!!!!!!!!!

Semenjak pada hari itu, saya mula mempercayai dan berminat dengan semua cerita nenek saya. Saya menjadi agak gusar untuk bermain di luar kawasan rumah kerana khuatir akan diculik oleh ahli sihir. Nenek kata ahli sihir suka menculik kanak-kanak kerana mereka boleh mengukuhkan lagi kuasa mereka dengan mengumpul air mata kanak-kanak tersebut.

7 perkara yang saya amat takuti berkenaan AHLI SIHIR..? Kenapa 7 sahaja.. Ini kerana dengan 7 perkara inilah manusia biasa tidak mempunyai ciri-ciri tersebut. Dan juga 7 perkara yang terdapat pada ahli sihir ini juga amat mengerunkan saya sehinggalah saya dewasa..!!!!!!!!!!!!!!

7 PERKARA TENTANG AHLI SIHIR YANG PALING SAYA GERUNI..

1- Rambut mereka sebenarnya botak dan 24 jam memakai rambut palsu..!
Ya..ahli sihir yang sejati tidak mempunyai sehelai rambut pun.Kepala mereka seumpama licin bak telur.Mereka akan memakai rambut palsu ketika mereka keluar di kawasan orang ramai.

2- Ahli Sihir tidak mempunyai tumit kaki..
Satu lagi kenyataan yang boleh dijadikan mimpi ngeri semua.Ahli sihir tidak mempunyai tumit kaki. Namun perkara ini amat sukar untuk manusia biasa untuk mengenal pasti kerana mereka memakai kasut seperti manusia yang lain..

3- Hidung ahli sihir terlebih mancung dan tajam.
Sebenarnya hidung ahli sihir mancung dan berbentuk tajam, mempunyai keistimewaan yang tersendiri.Mereka mempunyai deria bau yang kuat untuk mengesan mangsa yang mereka ingin culik..Harap saya dan juga kamu semua bukanlah sasaran ahli sihir ini yang seterusnya. Berdoalah..

4- Sudah tentu..! Mereka mempunyai mantera yang dapat membantu ahli sihir ini untuk melakukan apa sahaja..
Ya..! Ahli sihir mempunyai kelebihan kerana mereka mempunyai mantera. Mantera ini dapat membanu mereka untuk melakukan apa sahaja yang mereka inginkan. Cuma bezanya dengan ahli sihir yang lain melalui tahap kuasa mereka. Ahli sihir ini boleh membaca mantera mereka untuk menghentikan masa, pergi ke masa hadapan atau ke masa lampau. Atau digunakan untuk menangkap manusia dan mengurungnya di dalam sebuah potret dan terkurung di dalam potret itu untuk selamanya.. Grrrrrrr ngeri sungguh..!!!!!!!!!!!!!!!

5- Ahli Sihir bijak menipu & memperdaya..
1 perkara yang ahli sihir suka dan bijak lakukan adalah menipu. Mereka akan menipu dan memperdaya mangsa dan juga orang di sekelilingnya. Saya benci si penipu..!!!!!

6-Wajah ahli sihir yang sebenarnya HODOH..
Hidungnya yang terlalu mancung dan berbentuk tajam, gigi mereka yang jarang-jarang dan tajam, tidak mempunyai tumit dan hanya memakai rambut palsu untuk menyembunyikan keadaan kepala mereka yang sebenar.. Yuckkkkzzz. *I WANNA PUKE & SCREAM AT THE SAME TIME BCOZ OF THEIR HORRIBLE LOOK..

7-Terakhir, sudah semestinya kerana ahli sihir suka menyalahgunakan kuasa
yang mereka ada..
Ahli sihir ada kuasa yang luar biasa tapi mereka menggunakannya untuk menakutkan manusia dan menganggu keamanan kita..Jahat sungguh..! Sekiranya mereka menggunakan kelebihan ini untuk kebaikan, manusia dan ahli sihir mungkin boleh berkawan baik.. *i wish so.. :(

AMARAN : Hati-hati, kemungkinan anda mangsa ahli sihir yang seterusnya..!

**************************************************************************************

Let's Start Your 2011 with this Scary Movies..

poster

################################################################
Also have present from the sponsors and Nuffnang for your new year's gift..


*hopefully this time i can win and share it with my family and have Cuti-Cuti Malaysia in penang.. :)
Thank You Nuffnang and the sponsors for this opportunity.. ;p
*******************************************************************************************************


Wahai Rambut..


Salam..tidak disangka sama sekali saya akan berkata begini.. "Dear hair,,please growing faster..".. kata-kata ini dipetik dari ucapan Kusha sendiri..huhuhu..

Really missing my old long hair.. :(



DiGi iPhone 4 Life


Day 4..untuk post yang last bagi DiGi iPhone 4 ini, saya dikehendaki menyertakan gambar seperti di bawah.. =)


Saya berharap sangat dapat menjadi yang paling bertuah untuk mendapat iPhone dari DiGi.. plz




DiGi iPhone 4 Real



Jika saya mempunyai sebuah handphone yang canggih macam iPhone 4, tapi sebaliknya pula untuk plan panggilan adalah merupakan satu kerugian besar untuk diri saya. Plan panggilan merupakan aspek yang boleh dikatakan sama penting dengan mempunyai sebuah iPhone 4..Kenapa saya berkata begitu ya? Ha sebab kalau lah anda sekadar mempunyai handphone yang canggih sahaja tapi plan panggilan yang tidak menepati citarasa atau pun ekonomi anda, maka saya boleh katakan ianya satu kerugian yang sangat besar..

Tambahan pula saya sebagai seorang remaja,sememangnya melakukan banyak panggilan dan juga sms.Apabila berjauhan dengan keluarga, lagi lah kami berbual panjang tak kira masa..Rindulah katakan..Dan tambah pula membuat panggilan dengan si dia yang di cintai, boleh dikatakan bil telefon melambung-lambung lah..Nak tak nak, kne laa telefon si dia dan juga keluarga dan kawan-kawan..

Namun setelah saya terlihat iklan plan panggilan dari DiGi,,saya terus jatuh hatI melihat plan Digi yang mane sesuai untuk saya sebagai student juga.. wee *-*

Package yang paling saya gemari adalah iDiGi88..Saya rasa plan nie laa yang paling bersesuaian dengan status saya,,kewangan saya dan juga sesuai dengan jiwa remaja saya.. cewah..

Sebelum ini, plan i DiGi88 adalah sebanyak RM 88 untuk sebulan untuk sebelum auto billing namun selepas 24 Sept 2010, plan ini telah pun berubah kepada RM 63 untuk sebelum auto billing dan juga selepas auto billing, ianya hanyalah RM 58..wow sungguh menarik bukan..?

Jom kita lihat apa lagi kelebihan jika anda ingin mengambil plan iDiGi88 ini...
Jika saya melanggan plan ini, saya akan mendapat free usage ke semua rangkaian tempatan untuk setiap bulan..Ya setiap bulan..! =)


Saya akan mendapat FREE 200 mins panggilan,, 200 sms,, 20 MMS dan juga 1GB internet..Rugi kalau saya dan juga anda tak dapatkan plan ini.. Lepas nie cakap puas-puas pun dah tak kisah lagi..


Eh ada lagi laa..bukan setakat free ja, tapi melalui plan ini juga saya akan mendapat kadar untuk membuat panggilan,SMS dan MMS dengan kadar yang rendah kepada semua rangkaian tempatan dengan cuma 15 sen untuk panggilan, 10 sen untuk SMS dan 20 sen untuk MMS..berpatutan bukan..?


Untuk FnF(Freinds n Family) pula, anda akan mendapat panggilan yang paling termurah sehingga kepada 6 FnF numbor dan mesti ada juga mendapat panggilan, SMS dan MMS secara PERCUMA kepada supplementary line sehingga kepada 6 DG family lines taw..

Anda juga jangan risau keran pihak DiGi tidak akan menghantar bill kejutan kepada anda kerana tiada charge tambahan selepas montly quoto.. :) suka laa tue kan..

Eh,,tapi anda tidak tahu lagi nak plan yang mana satu ye..tak pewh anda boleh upgrade plan anda kemudian hari pada bila-bila masa juga..

Jika anda mempunyai kontrak selama 24 bulan melalui mana-mana plan, anda juga boleh membeli iPhone 4 dengan pihak DiGi dengan penjimatan sehingga RM800 taw.. Sungguh best kan plan-plan yang ditawarkan oleh DiGi ini. Jika anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut, klik sahaja pada this link ...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...