Transformers 3: Dark of the Moon
Sejak sebelum masihi lagi, manusia telah didatangi dengan makhluk dari planet lain.Pelbagai gambaran yang telah di berikan oleh manusia pada ketika itu untuk memberitahu pada generasi masa akan datang tentang perkara ini. Semakin dikaji, semakin jelas kewujudan makhluk asing ini. Makhluk tersebut di gambarkan besar dan terlalu tinggi juga tidak pernah dilihat rupa bentuk seperti itu. Makhluk tersebut adalah Autobots daripada planet Cybertron Diketuai oleh Optimus Prime dan sebahagian yang lain adalah Starscream, BumbbleBee, Ironhide dan lain-lain lagi.
Namun kedatangan mereka bukanlah sekadar suka-suka. Mereka turun ke bumi dengan 1 misi, iaitu untuk menyelamatkan bumi daripada gengaman Megatron iaitu ketua kepada Decepticons dan juga konco-konconya. Megatron ingin mencari “All Spark” yang berada di bumi sekaligus menukar bumi menjadi askar baru kepada tentera Decepticons.
Oleh itu, tugas Autobots adalah menghalang Decepticons dari berleluasa di planet bumi setelah mereka menghuru-harakan planet Cybertron.
Optimus Prime akan sedaya-upaya menentang kejahatan yang dilakukan oleh Decepticons dan sekaligus menyelamatkan planet bumi dengan menggunakan cara-cara tersebut : -
-Perkara yang paling penting dalam pertemburan ini adalah semangat bekerjasama antara Autobots dan juga manusia. Perkara ini penting kerana dengan adanya semangat seperti ini, maka Autobots dapat membantu makhluk bumi menentang Decepticons.
-Optimus Prime juga merupakan seorang yang berhati mulia namun bukanlah seorang yang senang diambil kesempatan. Optimus Prime juga merupakan seorang yang berfikiran licik dan dapat membaca fikiran Megatron. Oleh itu, Optimus Prime dapat merangka strategi untuk menentang kejahatan Decepticon.
-Optimus Prime juga merupakan adik-beradik kepada Megatron, oleh itu saya rasa Optimus Prime dapat memujuk Megatron agar kembali ke jalan yang benar. Seperti bak kata pepatah “air yang dicincang, tidak akan putus” dan seperti itu jugalah persaudaraan mereka.
- Optimus Prime juga dapat menyelamatkan bumi dengan memanggil semua Autobots yang berada di dalam dan juga luar planet bumi. Oleh itu, mereka dapat bergabung dengan semua Autobots yang berada di planet bumi dan ditambah pula dengan kerjasama yang akan diberikan oleh manusia, maka Decepticon akan mudah dikalahkan.
-Optimus Prime juga dapat mengalahkan ketua Decepticon iaitu Megatron dengan menggunakan cebisan All Sparks yang terdapat di dalam badan Optimus Prime sendiri. Dengan hanya cara itu juga Megatron dapat dimusnahkan apabila cebisan All Spark tersebut di halakan ke dada Megatrons.