The Season of the Witch is Here

What I scares the most about witches..?

Apa yang saya amat takutkan tentang ahli sihir..Yeah ahli sihir..Sejak dari kecil lagi, saya tinggal bersama dengan nenek kesayangan saya. Sebelum tidur, nenek pasti akan menceritakan perihal ahli sihir kepada saya. Nenek kata saya tidak boleh bermain sesuka hati di luar kawasan rumah siang mahupun waktu malam. Ahli sihir amat gemar kepada budak-budak yang nakal dan yang suka merayau-rayau.

Pada mulanya saya tidak mempercayai cerita nenek itu sehinggalah gempar berkenanan kanak-kanak di kawasan perumahan saya telah hilang. Dengar kata dia telah hilang semasa bermain-main di luar kawasan rumah sewaktu senja. Kata orang dia telah diculik oleh ahli sihir yang kejam..!!!!!!!!!

Semenjak pada hari itu, saya mula mempercayai dan berminat dengan semua cerita nenek saya. Saya menjadi agak gusar untuk bermain di luar kawasan rumah kerana khuatir akan diculik oleh ahli sihir. Nenek kata ahli sihir suka menculik kanak-kanak kerana mereka boleh mengukuhkan lagi kuasa mereka dengan mengumpul air mata kanak-kanak tersebut.

7 perkara yang saya amat takuti berkenaan AHLI SIHIR..? Kenapa 7 sahaja.. Ini kerana dengan 7 perkara inilah manusia biasa tidak mempunyai ciri-ciri tersebut. Dan juga 7 perkara yang terdapat pada ahli sihir ini juga amat mengerunkan saya sehinggalah saya dewasa..!!!!!!!!!!!!!!

7 PERKARA TENTANG AHLI SIHIR YANG PALING SAYA GERUNI..

1- Rambut mereka sebenarnya botak dan 24 jam memakai rambut palsu..!
Ya..ahli sihir yang sejati tidak mempunyai sehelai rambut pun.Kepala mereka seumpama licin bak telur.Mereka akan memakai rambut palsu ketika mereka keluar di kawasan orang ramai.

2- Ahli Sihir tidak mempunyai tumit kaki..
Satu lagi kenyataan yang boleh dijadikan mimpi ngeri semua.Ahli sihir tidak mempunyai tumit kaki. Namun perkara ini amat sukar untuk manusia biasa untuk mengenal pasti kerana mereka memakai kasut seperti manusia yang lain..

3- Hidung ahli sihir terlebih mancung dan tajam.
Sebenarnya hidung ahli sihir mancung dan berbentuk tajam, mempunyai keistimewaan yang tersendiri.Mereka mempunyai deria bau yang kuat untuk mengesan mangsa yang mereka ingin culik..Harap saya dan juga kamu semua bukanlah sasaran ahli sihir ini yang seterusnya. Berdoalah..

4- Sudah tentu..! Mereka mempunyai mantera yang dapat membantu ahli sihir ini untuk melakukan apa sahaja..
Ya..! Ahli sihir mempunyai kelebihan kerana mereka mempunyai mantera. Mantera ini dapat membanu mereka untuk melakukan apa sahaja yang mereka inginkan. Cuma bezanya dengan ahli sihir yang lain melalui tahap kuasa mereka. Ahli sihir ini boleh membaca mantera mereka untuk menghentikan masa, pergi ke masa hadapan atau ke masa lampau. Atau digunakan untuk menangkap manusia dan mengurungnya di dalam sebuah potret dan terkurung di dalam potret itu untuk selamanya.. Grrrrrrr ngeri sungguh..!!!!!!!!!!!!!!!

5- Ahli Sihir bijak menipu & memperdaya..
1 perkara yang ahli sihir suka dan bijak lakukan adalah menipu. Mereka akan menipu dan memperdaya mangsa dan juga orang di sekelilingnya. Saya benci si penipu..!!!!!

6-Wajah ahli sihir yang sebenarnya HODOH..
Hidungnya yang terlalu mancung dan berbentuk tajam, gigi mereka yang jarang-jarang dan tajam, tidak mempunyai tumit dan hanya memakai rambut palsu untuk menyembunyikan keadaan kepala mereka yang sebenar.. Yuckkkkzzz. *I WANNA PUKE & SCREAM AT THE SAME TIME BCOZ OF THEIR HORRIBLE LOOK..

7-Terakhir, sudah semestinya kerana ahli sihir suka menyalahgunakan kuasa
yang mereka ada..
Ahli sihir ada kuasa yang luar biasa tapi mereka menggunakannya untuk menakutkan manusia dan menganggu keamanan kita..Jahat sungguh..! Sekiranya mereka menggunakan kelebihan ini untuk kebaikan, manusia dan ahli sihir mungkin boleh berkawan baik.. *i wish so.. :(

AMARAN : Hati-hati, kemungkinan anda mangsa ahli sihir yang seterusnya..!

**************************************************************************************

Let's Start Your 2011 with this Scary Movies..

poster

################################################################
Also have present from the sponsors and Nuffnang for your new year's gift..


*hopefully this time i can win and share it with my family and have Cuti-Cuti Malaysia in penang.. :)
Thank You Nuffnang and the sponsors for this opportunity.. ;p
*******************************************************************************************************


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...