The Devil Inside Premiere Screening

Sekali lagi a thousand of thank you untuk Churp2 yang dah bagi tiket percuma untuk 2 orang untuk menonton The Devil Inside.Mmemang nak sangat tengok movie ni.



Date: 28th February 2012 (Tuesday)
Time: 9.00 pm
Venue: GSC, Mid Valley
Rate : 4 Stars

Memang nak tengok sangat movie ni, ibarat mengantuk disorongkan bantal, ibarat nak tengok sangat tetiba dapat pulak tiket dari ChurpChurp, memang happy like Heaven..

Oke jalan cerita movie ini oke gak laa..tidak slow tidak terlalu cepat..Bak kata orang, sedang2 saja.. Permulaan jalan cerita ini di mana Maria Rossi yang dahulu nya seorang yang agak warak dan ceria, tetiba berubah dalam sekelip mata menjadi seorang yang pendiam dan berkelakuan pelik. Dia juga telah membunuh 3 orang dengan kejam semasa upacara exorcisms dilakukan.Disebabkan itu, dia ditangkap dan dihantar ke rumah sakit jiwa di Itali.Cerita ini bermula apabila anak perempuannya cuba untuk mencari jawapan ke atas seribu persoalan apa yang telah terjadi kepada ibunya sendiri.Oleh itu, Isabella Rossi(anak Maria Rossi) telah membuat dokumentari dengan merakam setiap apa yang dia lakukan. Pada suatu hari Isabella ke Itali untuk melawat ibunya di rumah sakit itu setelah 20 tahun mereka terpisah.Semasa bertemu dengan ibunya, Maria Rossi menunjukkan kesan luka yang dibuatnya sendiri iaitu Salib terbalik yang bermaksud pemujaan Setan.Sebelum itu Isabella ada bertemu dengan 2 orang Paderi yang pakar dalam upacara exorcisms tetapi apa yang mereka berdua lakukan ini tidak diiktiraf oleh pihak gereja. 2 Paderi ini iaitu Ben dan David sanggup membantu Isabella untuk dokumentarinya, maka mereka berdua ini telah membawa Isabella dan rakan Isabella yang memengang kamera untuk rakaman dokumentari ini ke suatu upacara exorcisms. Bermula di sini lah segala persoalan Isabella mula terjawab satu persatu. Dan Isabella meminta Ben dan David untuk menganalisis ibunya untuk memastikan adakah ibunya dirasuk atau hanya mempunyai sakit mental. Benarkah ibunya Isabella dirasuk? Kenapa? Jika nak tahu lebih lanjut dan nak alaminya sendiri, apa kata kowg tengok sendiri movie ini.


Namun movie ini juga ada kelemahan sebab saya menontonnya melalui kamera yang dirakam oleh kawan Isabella dimana kamera yang mereka gunakan untuk merakamkan dokumentari.Tetapi overall semuanya oke sahaja tambahan dapat menonton bersama dengan MyCrap, Aemy, Ah Boy, Chua and others.. :):)

p/s: Thank You Ah Boy for treating us before the Screening yeah.. <3
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...