ANMUM MATERNA & RIDING PINK

Hi Para Ibu & Ibu Mengandung,

Semperna Hari Ibu di bulan Mei ini, ada sesuatu yang amat istimewa buat kaum ibu semua. Anmum Materna dengan kerjasama Riding Pink ( a ride sharing service by women, for women ) mengadakan kempen perkhidmatan penghantaran untuk para ibu dengan diskaun sebanyak RM5 bagi sekitar Lembah Klang!

Wah Special betul perkhidmatan ni, siap ada tulisan SELAMAT HARI IBU lagi tu. Kelas kau jahhh!

Semasa dalam perjalanan antara tempat yang para ibu ingin pergi tu, sebenarnya ada seorang Guru Yoga yang akan mengajar dan memberi tips cara bernafas dengan betul & bagaimana hendak relaxing dengan hanya menggunakan teknik pernafasan yang betul. Yelah bila dah mengandung, tentu saja para ibu cepat berasa penat dan asyik tidak cukup nafas kan. Jadi teknik yang diajar oleh guru yoga seperti gambar di atas, sedikit-sebanyak dapat membantu para ibu untuk mendapatkan nafas yang lebih betul.

Bukan itu saja, malah para ibu yang akan menggunakan khidmat ini, akan menerima Beg Vital Mama Ekslusif sebagai hadiah Hari Ibu.


Wah memang menarik betul Beg Vital Mama Ekslusif daripada ANMUM MATERNA ni.

Bagi para ibu yang berminat untuk menggunakan perkhidmatan ini, tempahan mestilah dibuat sehari awal dari tarikh tempahan. Dengan menggunakan kod "ANMUMPINK" cara-caranya adalah seperti berikut :-

1) Emel : anmumpink@gmail.com atau;
2) Hantar Mesej ke FB "Riding Pink"

Jadi para ibu yang memerlukan perkhidmatan penghantaran ke mana-mana sahaja selepas ini akan menjadi lebih mudah dan tanpa perlu risau kerana pemandunya juga adalah wanita. Wah memang syok habis laa kan.

**Kempen ini adalah sehingga 31 Mei 2017 sahaja tau.



Okay dah alang-alang cerita berkenaan Hari Ibu, saya ingin kongsikan juga sedikit sebanyak info tentang nutrisi daripada Anmum Materna yang perlu para ibu mengandung tahu dan ambil. :)

Tahukah Anda?





Jadi para ibu yang inginkan nutrien yang mencukupi, boleh lah mencuba Anmum Materna dengan hanya 2 gelas sehari tau. 

Selamat mencuba perkhidmatan ini. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...