KEKAL CERGAS DAN BERTENAGA SEPANJANG RAMADAN INI

Salam everyone, so far macam mana dengan ibadah puasa korang? Makin hari bertambah baik? Kalau ya, Alhamdulillah, syukur. Sebenarnya ibadah puasa ini merupakan satu starting point untuk kita semua mendapat kesihatan dan disiplin yang tinggi terutamanya dalam penjagaan pemakanan. Pelbagai fakta yang menunjukkan ibadah puasa ini merupakan satu aktiviti yang sihat terutamanya untuk penghadaman juga.


Jadi, bagaimana untuk kekal cergas dan bertenaga di samping mendapat makanan yang berkhasiat sepanjang ramadan dan juga pada bulan-bulan yang lain? Salah satunya adalah dengan pengambilan "Oat" dan Quaker Oats merupakan jenama #1 di dunia tau! Wow.



Kenapa oat? Ini kerana ia mengandungi 9.4gram serat dalam setiap 100g dan protein yang lebih tinggi daripada beras perang, barli dan tepung gandum. Oleh itu, oat akan lambat dicerna serta dapat memberikan tenaga melalui pembesan glukosa ke dalam salur darah korang tau!

Oat juga dianggap sebagai "Super Grain" yang membekalkan nutrisi penting untuk kesihatan. Bagi jenama Quaker Oats, mereka mengekalkan khasiat asli oat dengan menggunakan bijirin penuh seperti bran (lapisan paling luar) yang tinggi dengan Beta-Glukan dan vitamin B, endosperma oat yang tinggi dengan karbohidrat dan protein serta lapisan germa oat yang tinggi dengan vitamin B, vitamin E, mineral dan fitokimia. Pendek kata, kesemua bahan-bahan ini amat baik untuk tubuh badan kita tau.



Bagi Quaker, "Hari Hebat Bermula dengan Quaker"kerana sarapan adalah waktu makan yang paling penting terutamanya pada bulan Ramadan ini di mana waktu sahur amat lah penting untuk membekalkan tenaga sepanjang hari korang berpuasa. Jadi apa kata mulai saat ini, ayuh kita mencuba Quaker Oats dan menjadi kekal cergas dan bertenaga sepanjang hari!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...