Post-Event : Astro On The Go Expolorer

Assalamualaikum guys..wassup??? Okay straight to the point...hehehe Kali nie aku nak share what's happening pada event yg aku joined pada sabtu lepas (18 Mei 2013) di Sunway Pyramid..Macam-macam yg jadi masa hari tersebut..Diingatkan balik, memang kelakar pun ada, nak geleng-gelengkan kepala pun ada..hahaha..okay, aku start dari masa sebelum hari kejadian..

Pada petang jumaat, aku terima email daripada Nuffnang..aku dikehendaki install Apps Astro-On-The-Go dalam smartphone yg aku pinjam dari BF aku.. (huaaa aku tak ada any smartphone pun).. Okay fine, aku trylah Install... Tapi kan... asal lah aku tak jumpa pun any apps tu...Aku try search using google kat dlm smartphone..okay dah jumpa, ini ke rupa apps astro on the go tu....Aku cuba nak instal dan tadaaaa "TAK COMPATIBLE" aduh, dalam hati aku rasa nak mengamuk pun ada, nak nangis pun ada.. Okaylah, aku pun berbincang dengan my team mate, Isa .. Dia try tanya Nuffnang, tapi nasib baik lah dorang kata tak pe sbb esok boleh guna iPad yg dorang sediakan..ada dalam iPad tu..Alhamdulillah...

Okay pada pagi hari kejadian pulak, aku nak tumpang my bff ke Sunway Pyramid sbb aku tak ada kereta nak ke sana, ambik ERL dari Putrajaya dan turun kat K.L Sentral then naik LRT ke staion Taman Bahagia. Okay, bila sampai kat station Taman Bahagia, my bff called me..kereta dia tgh berasap kat tepi jalan on the way nak fetch aku..Oh no!!!! tapi aku lagi kesian kat kawan aku tu sbb kereta dia rosak dan berasap..tak pe lah, aku cari ikthiar lain..finally aku pun naiklah cab..

Walaupun pelbagai dugaan aku kena tempoh sepanjang nak ke event Astro On The Go Explorer ni, tapi aku masih bersemangat nak mulakan explorer ini..Tambah-tambah dapat team mate yang cool mcm si mamat dalam gambar nie.. 


Hahaha..masa nak start explorer ni, dia tak banyak ckp selain hal game nie je..Yelah kan nak fokus kepada kemenangan..muhahaha..

Apa yang terbaik semasa Explorer-On-The-Go acara?

Dalam explorer nie..mmg menarik sebab team aku, Team 09 kena ke station yang ditetapkan oleh apps dalam explorer ini..contohnya station Gladiator, Station Geng Bas Sekolah dan macam-macam lagi lah mengikut tema drama yang disiarkan dalam Astro..hehehe besttttt.. 

Tapi yang paling best sekali adalah masa aku dikehendaki menimbang balo sebanyak 3 kali di Station bola..Dalam hati aku, Eh, habislah nak kena timbang pulak bola nie kat kaki, 3 kali pulak tu..nak menang kenalah aku cuba sehabis bola..tambah pulak aku nie kaki bangku..

Yang in charge station ni cakap kat aku..okay, cik pun kena timbang bola ni..aku yang tengah tadi bagi semangat kat team mate aku timbang bola, terhenti sekejap... Eh saya kena timbang juga ke? Oh no..hahaha.. Okay bila turn aku nak timbang, memang ke laut jugalah bola tu aku timbang atas kaki..hahaha..

Dalam nak dekat 15 minit jugak lah aku nak dapatkan target untuk aku berjaya timbang bola tu..Aku cuba yang paling terbaik dan akhirnya dorang kata, okaylah sebabkan asik tak berjaya je timbang bola and aku nie perempuan, target diturunkan kepada 2 kali timbang je..

OKAY Fine, aku pun cuba sekali lagi dan tadaaaa aku berjaya jugakk..yeayyyyyy.. Hanya Allah sje yang tau masa tu betapa gembiranya dan leganya aku dapat complete kan mission nie..fuhhhh Alhamdulilah..

Ha..nia lah gambar kami di station yang aku kena main timbang-timbang bola tu.. dengan bag yang aku kena bawa tu, bag pack, bag silang, (ada tak mcm orang yang excited dalam explorer tu..muhahaha)..sebelah aku adalah team mate aku, Isa.. 

Tapi selain itu, part aku jumpa new blogger, kita org bertukar-tukar url blog, jumpa artis macam aaron aziz, farish, selebriti astro.. what a great experience I had.. 


Bagaimana kemungkinan anda menggunakan Astro On-The-Go pada masa hadapan?

Disebabkan aku tiada astro kat rumah..huaaaa..(yelah kan rumah sewa je..student pulak tu..) Kalu boleh aku nak gunakan Astro On The Go dalam laptop,smartphone and kalau ada tablet, aku nak sangat tengok drama, movie yang aku terlepas tengok dan live sukan di Astro On The Go di mana-mana jua aku berada..di office time lunch atau tengah makan kat restoran berseorangan, yelah kalau makan seorang-seorang, dengan sapa nak sembang, takkan termenung ja..Baik aku layan Astro On The Go..tak nampak sangat lonely sebab aku dah ada teman sekarang ni, dan lepas ni aku tak tak terlepas laa nak tgok Running Man, Masterchef Selebriti dan aku juga boleh memasak receipe sambil tgok rancangan memasak dalam Astro On The Go sambil buat juga.Wah mcm dalam kelas memasak gitu.. Dan yang best juga, sambil aku travel, aku masih boleh tgok Astro..Astro bergerak gitu..baru ngam dengan jiwa raga aku..

Kesimpulannya, apabila ASTRO dan NUFFNANG buat event macam nie, memang dapat menjalinkan silaturahim dengan semua blogger, semua staff Nuffnang dan Astro, dengan selebriti dan juga dengan orang awam..Ini merupakan satu akitiviti yang sihat dan dapat menjana Belia dan masyarakat yang sentiasa berfikiran positif.. chaw.. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...